Puisi Untuk Ibu Pertiwi Ciptaan Khalil Gibran - Siapa yang tidak kenal Khalil Gibran? Puisi-puisinya penuh dengan inspirasi yang mendidik. Salah satu akryanya yang sangat terkenal adalah Puisi Untuk Ibu Pertiwi Ciptaan Khalil Gibran.
Berikut ini puisinya:
Oleh KHALIL GIBRAN
Bukit-bukit di negeriku
Kini tenggelam oleh darah dan air mata
Apa yang dapat dilakukan oleh seorang anaknya yang merantau?
Untuk masyarakatnya yang sengsara?
Apa pula gunanya keluh-kesah
Seorang penyair yang sedang tidak di rumah?
Seandainya rakyatku mati dalam pemberontakan menuntut nasibnya,
Aku akan berkata,
“Mati dalam perjuangan lebih mulia dari hidup dalam penindasan”
Tapi rakyatku tidak mati sebagai pemberontak
Kematian adalah satu-satunya penyelamat mereka,
Dan penderitaan adalah tanah air mereka
Ingatlah saudaraku,
Bahawa syiling yang kau jatuhkan
Ke telapak tangan yang menghulur di hadapanmu,
Adalah satu-satunya jambatan yang menghubungkan
Kekayaan hatimu dengan cinta di hati Tuhan.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment
Terima kasih sudah membaca blog saya, silahkan tinggalkan komentar